Wednesday 9 May 2012



Tingkatan 4 : Bab 3: Perniagaan Dalam Negeri


BAB 3 : PERNIAGAAN DALAM NEGERI

Soalan : Terangkan maksud Perniagaan dalam negeri
  • aktiviti membeli dan menjual barang & perkhidmatan - antara penduduk dalam sesebuah negara.
  • Contohnya, kedai runcit, bazar dan pasar raya.
  • terdiri drpd dua - perniagaan borong dan perniagaan runcit.

SALURAN AGIHAN

Soalan : Nyatakan maksud saluran agihan

proses pengedaran barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai

 

Soalan : Jelaskan bentuk Saluran Agihan

1. PENGELUAR - PEMBORONG - PERUNCIT – PENGGUNA
·         Barang yang sesuai -  barang keperluan dapur (bernilai  kecil dan diperlukan dalam kuantiti kecil)
2. PENGELUAR - EJEN - PERUNCIT – PENGGUNA
·         hasil penerbitan seperti surat khabar, majalah
3. PENGELUAR - PEMBORONG – PENGGUNA
·         bahan pembinaan rumah seperti batu-bata dan simen.
4. PENGELUAR - PERUNCIT – PENGGUNA
·         barang-barang yang memerlukan khidmat nasihat pakar dan barang-barang tahan lama
5. PENGELUAR - EJEN – PENGGUNA
·         barang pengguna spt barang kosmetik, pakaian
6. PENGELUAR – PENGGUNA
·         barang yang tidak tahan lama - hasil pertanian, barang tempahan khas – pakaian individu , barang bemilai tinggi - kapal terbang & perkhidmatan profesional - doktor

Soalan : Jelaskan Faktor Pemilihan Saluran Agihan

1. Jenis barang
barang cepat rosak – pengeluar - pengguna
barang elektrik yang tahan lama – melalui pemborong & peruncit
2. Sasaran pasaran
dikenal pasti - dibekalkan terus oleh pengeluar
belum dikenalpasti - melalui pemborong & peruncit 
3. Liputan pasaran
luas - perkhidmatan pemborong, peruncit dan ejen dikehendaki oleh pengeluar
terhad - pengeluar sendiri boleh memasarkan

4. Keupayaan pengeluar
syarikat besar - menyediakan saluran agihan sendiri
Syarikat kecil - bergantung kepada pemborong dan peruncit
5. Kos pengangkutan
menyediakan kenderaan sendiri – kosnya tinggi
syarikat besar - mampu biaya
Syarikat kecil – kurang mampu

PERNIAGAAN RUNCIT

Fungsi Peruncit

1.    MEMECAHKAN PUKAL
·         menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada pengguna akhir.
2. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KREDIT
·         kepada pelanggan tetap
3. PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN
·         menghantar barang ke rumah
4.    MEMBERI KHIDMAT NASIHAT DAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
·         cita rasa dan sambutan pengguna - berguna kepada pengeluar - mutu produk
·         menasihati pengguna - mutu, harga dan cara guna serta produk terbaru
5. MENDIRIKAN PREMIS PERNIAGAAN BERHAMPIRAN PELANGGAN
·         mudah dikunjungi  - menjimatkan kos pengangkutan dan masa.
6. MENGURUS STOK
·         memastikan bekalannya sentiasa mencukupi
7.    MELAKUKAN KERJA-KERJA AKHIR
·         menggred, menimbang, membungkus
8. MENGAGIHKAN BARANG-BARANG
·         berperanan sebagai orang tengah antara pengguna dengan pemborong atau pengeluar

Jenis Perniagaan Runcit
·         perniagaan runcit terdiri drpd perniagaan runcit kecil-kecilan dan besar-besaran.
·         perniagaan runcit kecil-kecilan terdiri drpd peruncit tanpa kedai dan berkedai
·         peruncit tanpa kedai terdiri drpd penjaja dan pegerai
·         peruncit berkedai terdiri drpd pekedai am dan pekedai khusus
·         perniagaan runcit besar-besaran pula terdiri drpd pasar raya, gedung aneka jabatan, pasar raya besar, kedai sejaras dan koperasi runcit
·         bentuk lain peruncitan terdiri drpd mesin peruncitan automatik, pesanan mel, francais, jualan langsung, e-dagang, televisyen interaktif dan kedai katalog.



Soalan : Jelaskan dengan contoh Jenis Perniagaan Runcit Kecil-kecilan
Perniagaan runcit tanpa kedai
·         tidak mempunyai premis tetap.
·         bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
·         berbentuk milikan tunggal.
·         perlu dapatkan lesen daripada kerajaan tempatan
·         terdiri drpd pegerai dan penjaja
·         Pegerai - gerai kecil di suatu lokasi yang tetap - di kaki lima, pasar besar
·         Terdiri drpd gerai tetap dan gerai sementara.
·         Penjaja - secara bergerak dari satu tempat ke tempat lain
·         berjalan kaki atau berkenderaan.
·         contoh - penjual ais krim dan roti.
Peruncit berkedai
·         beroperasi di premis tetap.
·         di kampung atau bandar besar.
·         berbentuk milikan tunggal atau perkongsian.
·         mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan,
·         dan lesen perniagaan daripada kerajaan tempatan
·         Kedai am - kedai yang menjual pelbagai jenis barang.
·         Contohnya, kedai runcit
·         Kedai khusus - kedai yang menjual satu jenis atau sekumpulan barang atau menyediakan perkhidmatan khusus.
·         Contoh kedai khas ialah kedai buku Popular atauKedai gunting rambut

CIRI PERNIAGAAN RUNCIT KECIL-KECILAN

Soalan : Huraikan ciri-ciri Perniagaan runcit kecil-kecilan

1. MODAL YANG KECIL
·         diperoleh daripada simpanan peruncit sendiri atau pinjaman daripada ahli keluarga, sahabat handai dan bank
2. DIMILIKI OLEH SEORANG PENIAGA ATAU BERKONGSI.
·         Urusan perniagaan - dikawal oleh pemilik sendiri.
·         menikmati pelbagai faedah seperti semua keuntungan
·         cukai pendapatan yang dikenakan rendah
3. MUDAH DITUBUHKAN
·         tidak terdapat banyak peraturan
·         memerlukan modal yang kecil
·         perlu mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan,
·         dan lesen perniagaan daripada kerajaan tempatan
4. MUDAH DIURUS
·         kerana saiznya yang kecil
·         dikendalikan oleh pemilik sendiri, ahli keluarganya atau pembantu


5. LOKASI PERNIAGAAN
·         berdekatan tempat tinggal pelanggan
·         menjual dari pintu ke pintu
6. LAYANAN PERIBADI
·         penghantaran barang ke rumah, pembaikan dan pemasangan barang
7. KOS OVERHED YANG RENDAH
·         tidak perlu membayar sewa, cukai perniagaan yang tinggi atau iklan yang mahal.

Soalan : Mengapa A memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
·         Modal kecil
·         Mudah ditubuhkan
·         Mudah diurus
·         Mudah dikunjungi pelanggan
·         Murah kos overhed

PERUNCIT BESAR-BESARAN
Soalan : Nyatakan maksud peruncit besaran-besaran
·         perniagaan runcit yang beroperasi dalam skala yang besar
·         terletak - kawasan bandar.
·         berbentuk - syarikat berhad dan bermodal besar.
 
Soalan : Huraikan ciri-ciri Perniagaan runcit besar-besaran
·         Modal– besar, dikumpul melalui terbitan syer
·         Penubuhan – rumit, Akta syarikat 1965
·         Belian - membeli stok secara pukal terus daripada pengeluar.
·         Jualan – tunai, elak hutang lapuk
·         Pengurusan - lebih rumit dan sukar - saiz organisasi yang besar - di bawah kakitangan profesional - pengkhususan, teknologi - moden
·         Kemudahan - untuk keselesaan pelanggan - iringan muzik, tandas, hawa dingin
Soalan : Nyatakan perbezaan perniagaan runcit kecil-kecilan  dgn perniagaan runcit besar-besaran.
  • Modal
  • Pemilikan
  • Penubuhan
  • Pengurusan
  • Cara belian
  • Cara jualan
  • Layanan
  • Lokasi
  • Kos overhed
  • Perkhidmatan lepas jualan
  • Kemudahan
KEDAI SEJARAS

Soalan : Huraikan ciri-ciri kedai sejaras

Maksud
perniagaan runcit yang mempunyai sepuluh atau lebih cawangan - cawangan adalah seragam dari segi nama, logo, reka bentuk, harga dan jenis barang - dikawal dan ditadbir oleh ibu pejabat atau syarikat induk - Contoh Singer, 7-eleven dan kedai Bata.
Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
·         bentuk -  syarikat berhad kerana melibatkan modal yang besar –
·         dikawal Lembaga Pengarah.
·         ditubuhkan - pengilang
·         mempunyai kedai cawangan - seluruh negara.
KAWALAN & PENGURUSAN
·         Pengurusan - dikawal oleh ibu pejabat atau kedai induk –
·         Amalan pengurusannya - berkonsepkan pentadbiran pusat.
·         Setiap cawangan - di bawah seorang pengurus.
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
·         Barang-barang yang dijual - standard daripada aspek harga dan kualiti.
·         Harga barang adalah tetap
SUSUNATUR KEDAI & KAEDAH JUALAN
·         Nama dan logo perniagaan - selaras di semua cawangan.
·         Rekabentuk kedai dan imej - sama
·         Susunan barang-barang – standard
·         Kaedah jualan - secara tunai,  kad kredit - dibenarkan.

Soalan : Senaraikan kelebihan dan kelemahan kedai sejaras

Kelebihan
1. jualan - secara tunai atau kad kredit.
2. pengkhususan dan pembahagian kerja.
3. dapat diskaun niaga
4. Menjimatkan kos kerana overhed boleh dikongsi
5. mobiliti kakitangan
Kekurangan
1. Kesukaran mengawal kerana di merata tempat.
2. Kos pengangkutan dan kendalian - tinggi.
3. Pilihan pengguna - terhad.
4. Melibatkan modal besar.
5. Keputusan hanya dibuat ibu pejabat.





 PASAR RAYA BESAR
Soalan : Huraikan ciri-ciri pasar raya besar
Maksud
Pasar raya besar (hypermarket) merupakan sebuah bangunan setingkat yang menjual pelbagai jenis barang di bawah satu bumbung -  terletak di pinggir bandar dan bergantung kepada pelanggan berkenderaan yang mengunjunginya pada hujung minggu - Contoh pasar raya besar ialah Xtra dan Giant.
Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
·         sebuah syarikat berhad yang bermodal amat besar.
KAWALAN & PENGURUSAN
·         dasar dan polisi - ditetapkan Lembaga Pengarah
·         dilaksanakan - sekumpulan pengurusan peringkat pertengahan yang bergaji tetap.
·         Pengurusan setiap bahagian - seorang pengurus atau penyelia.
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
·         pelbagai jenis dan jenama barang - barang keperluan harian
·         harga barang – berpatutan dan tetap
KAEDAH JUALAN
·         urusan jual beli - secara tunai / kad kredit
KEMUDAHAN
·         tempat letak kereta, troli

Soalan : Senaraikan kelebihan dan kelemahan pasar raya besar

Kelebihan
1. kos yang rendah - sewa rendah dan bilangan kakitangan kurang.
2. perolehan yang besar - pelanggan membeli banyak secara mingguan.
3. kadar pusingan stok dan pengaliran tunai tinggi.
4. Menyediakan pelbagai jenis barang - di bawah satu bumbung.
Kekurangan
1. Margin keuntungannya - rendah kerana harga - murah.
2. Kedudukan di pinggir bandar - menyukarkan pelanggan tidak berkenderaan
3. Perlu menjual barang dalam volum yang besar - membiayai kos operasi yang tinggi.

PASAR RAYA
Soalan : Huraikan ciri-ciri pasar raya
Maksud
menjual beraneka jenis barang di bawah satu bumbung - terletak di lokasi strategik yang mudah dikunjungi - di pusat bandar Contohnya, Pasar Raya Billion dan Pasar RayaTops.


Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
·         Pasar raya adalah berbentuk syarikat berhad.
KAWALAN & PENGURUSAN
·         ditadbir oleh Lembaga Pengarah (dasar)
·         dan diuruskan (perlaksanaan) oleh kakitangan profesional
·         dibahagikan kepada beberapa bahagian - seorang penyelia bahagian.
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
·         makanan segar - daging, ikan & keperluan harian - sabun mandi, syampu.
·         Harga - tidak boleh ditawar.
·         dilekatkan dengan tanda harga.
KAEDAH JUALAN & SUSUNATUR KEDAI
·         secara layan diri.
·         jualan dibuat secara tunai & kad kredit.
·         ruang yang luas dan dihiasi dengan cerah.
·         Barangnya diperagakan

Soalan : Senaraikan kelebihan dan kelemahan pasar raya kepada pengguna dan peniaga
Kelebihan - Pengguna
1. Menjimatkan masa dan kos - membeli pelbagai barang di satu tempat.
2. Bebas memilih
3. Harga lebih murah berbanding di kedai runcit
4. Menyediakan kemudahan
5. Suasana membeli-belah - selesa.
Kekurangan - Pengguna
1. jauh dari tempat tinggal- membazir dari segi kos dan masa.
2. Harga barang adaIah tetap  dan jualan dibuat secara tunai.
3. Tidak menyediakan perkhidmatan selepas jualan.

Kelebihan – Peniaga
1. Menikmati pengkhususan dan pembahagian kerja.
2. Menjimatkan kos - sistem layan diri.
3. Penggunaan iklan - menarik pelanggan dan melariskan jualan.
4. Tiada risiko hutang lapuk
Kekurangan - Peniaga
1. Melibatkan modal yang besar.
2. Prosedur penubuhan yang rumit.
3. Risiko kecurian - akibat layan diri dan peragaan terbuka.
4. Barang makanan segar yang tidak tahan lama.

GEDUNG ANEKA JABATAN
Soalan : Huraikan ciri-ciri gedung aneka jabatan
Soalan : Terangkan perbezaan antara gedung aneka jabatan dengan kedai sejaras.
Maksud
sebuah perniagaan runcit berskala besar yang beroperasi dalam sebuah bangunan besar yang bertingkat - terletak di lokasi yang strategik di bandar besar. Contohnya, Isetan, Parkson Grand dan Metrojaya.
Ciri-ciri
BENTUK ORGANISASI
·         ditubuhkan sebagai syarikat berhad dengan modal yang besar.
KAWALAN & PENGURUSAN
·         Pentadbirannya dikawal oleh Lembaga Pengarah - menentukan segala dasar syarikat.
·         Setiap jabatan merupakan unit khas
·         Pembelian stok -  tanggungjawab pengurus jabatan
·         Contoh jabatan pakaian wanita
BARANG JUALAN & POLISI HARGA
·         pelbagai dari segi jenis dan jenama.
·         Harga - tidak boleh ditawar.
KAEDAH JUALAN
·         Jualan - tunai / kad kredit
KEMUDAHAN
·         lif, tandas, telefon, tempat letak kereta, surau

Soalan : Senaraikan kelebihan dan kelemahan gedung aneka
jabatan kepada peniaga dan pelanggan.
Kelebihan – Peniaga
1. menikmati diskaun niaga - dapat menjual lebih murah.
2. Pentadbiran menjadi lebih cekap - pengkhususan dan pembahagian kerja
3. Risiko kerugian -  disibar kerana terdapat banyak jabatan.
4. Jualan secara tunai – tiada masalah hutang lapuk.
5. Menjimatkan kos promosi - satu iklan - dapat meliputi semua jabatan.
Kekurangan - Peniaga
1. kos overhed yang tinggi - sewa, perhiasan kedai, gaji jurujual serta kos kemudahan
2. Penubuhannya sukar - modal yang besar dan prosedur yang rumit.
3. Saiz pemiagaan yang besar - menyukarkan urusan kawalan dan pengurusan.
4. Peragaan barang secara terbuka - menggalakkan risiko kecurian dan kerosakan.

Kelebihan - Pelanggan
1. menjimatkan masa dan tenaga - segala keperluan rumah - di dalam satu bangunan.
2. Kemudahan dan membeli dalam suasana yang selesa.
3. tanda harga - boleh membandingkan harga barang dan tidak bimbang ditipu.
Kekurangan - Pelanggan
1. Tiada layanan peribadi kerana mengamalkan layan diri.
2. Tidak dapat membeli barang secara kredit.
3. Tiada tawar-menawar kerana harga barang adalah tetap.
4. Pelanggan sukar - terletak di pusat bandar - jauh